This application is not part of the Pfeiffer Vacuum-Website or the Pfeiffer Vacuum-Intranet.

Pfeiffer Vacuum Technology AG

Integrity at Pfeiffer Vacuum – bersuara!

Bertindak dengan integriti adalah cara kami menjalankan perniagaan di Pfeiffer Vacuum. Integriti merupakan asas bagi membina dan menjustifikasikan kepercayaan dalam hubungan kami dengan rakan niaga kami. Kami mempunyai keyakinan yang teguh bahawa kejayaan ekonomi yang mampan tidak dapat dipisahkan daripada pematuhan terhadap undang-undang dan standard dalaman kami.

“Budaya korporat kami disifatkan melalui tanggungjawab dan kepercayaan yang jelas. Tingkah laku yang menuruti undang-undang dan persaingan yang adil adalah sebahagian daripada aktiviti perniagaan kami yang amat diperlukan malah menjadi prasyarat penting bagi menjamin kejayaan jangka panjang Pfeiffer Vacuum. Sila laporkan sebarang pelanggaran pematuhan dan keraguan yang berasas bagi mencegah kerugian kepada Kumpulan Pfeiffer Vacuum.”

Tingkah laku tidak wajar daripada seorang pekerja sekalipun boleh membahayakan reputasi seluruh Kumpulan dan boleh mengakibatkan kerugian yang signifikan kepada Syarikat. Portal ini menawarkan peluang bagi semua pekerja, pelanggan, pembekal dan pihak lain untuk melaporkan maklumat yang kukuh tentang pelanggaran terhadap undang-undang, tatakelakuan dan dasar dalaman lain, atau tentang sebarang tingkah laku lain yang tidak menuruti undang-undang.

Berdasarkan kepada budaya komunikasi terbuka Pfeiffer Vacuum, kami lebih suka supaya laporan sedemikian dihantar terus kepada penyelia, Sumber Manusia atau jabatan Pematuhan yang bertanggungjawab. Namun, jika anda berasa tidak boleh – atas apa jua alasan – menggunakan titik hubungan pertama ini, portal ini juga tersedia untuk anda melaporkan pelanggaran pematuhan yang serius.

Sistem pemberi maklumat atas talian ini adalah aplikasi luar, berasaskan internet yang terjamin dan diperakui oleh teknologi yang terkini. Kaedah-kaedah keselamatan teknikal ini membolehkan anda menghantar laporan secara tanpa nama. Penyediaan peti mel terjamin membolehkan anda berkomunikasi dengan pemproses kes mengenai hal-hal yang membabitkan laporan anda sambil melindungi ketanpanamaan anda. Sewajarnyalah, laporan anda juga akan dikelolakan secara sulit sepenuhnya jika anda memberikan nama anda apabila menghantar laporan anda.

Pemberi maklumat yang menghantar laporan dengan niat baik tidak akan mengalami sebarang akibat buruk. Sistem pemberi maklumat tidak boleh digunakan untuk menghantar maklumat atau kenyataan yang diketahui adalah fitnah atau palsu.

Terima kasih banyak-banyak atas bantuan anda dalam melindungi syarikat kita daripada kelakuan yang boleh mendatangkan kerugian.

Ahli Lembaga Pengurusan

Mengapakah saya perlu mengemukakan laporan?
Apakah jenis laporan yang membantu organisasi anda?
Bagaimanakah proses untuk menghantar laporan kerja? Bagaimanakah saya boleh menyediakan peti mel?
Bagaimanakah boleh saya menerima maklum balas dan kekal tanpa nama pada masa yang sama?